Pilihan raya kecil DUN Balakong 2018 Senarai Pilihan Raya Kecil Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14

Pilihan raya kecil ADUN Balakong di negeri Selangor merupakan pilihan raya kecil yang kedua selepas PRU-14 lalu. PRK ini diadakan berikutan penyandangnya yang juga ADUN bagi kawasan itu, Eddie Ng Tien Chee, 40 tahun (DAP) yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Grand Saga, Cheras, Kuala Lumpur pada 20 Julai 2018 lalu. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 18 Ogos manakala, hari mengundi awal pada 4 September dan kemudiannya, hari pengundian pada 8 September 2018. Pada malam keputusan, calon PH, Wong Siew Ki berjaya mengekalkan kemenangan DAP dengan memperolehi majoriti sebanyak 18,533 undi.

Berikut merupakan keputusan rasmi:[1]

PartiNama CalonUndiKeputusan
PH-DAPWong Siew Ki22,508Menang
BN-MCATan Chee Teong3,975Kalah